Monday 24 November 2014

STRESS !!




             Memasuki alam Universiti adalah impian semua. bagi kita alam Universiti adalah alam yang menyeronokkan. namun begitu ia tidak lah seperti yang dijangkakan. semakin tinggi tingkat pendidikan kita semakin banyak dan semakin susah kita akan belajar. bagi saya sebagai seorang pelajar kita perlu bijak dalam menangani stress kerana setiap pelajar yang belajar tidak dapat lari daripada stress yang teruk.



       Sebagai seorang pelajar UMK tahun 1, saya kian merasakan tekanan belajar yang amat dashyat. Dimana saya perlu bijak mengurus masa seperti masa untuk belajar, perbincangan dengan tugasan. Pada pandangan saya, semua peljar Umk tahun satu kampus Kota mulai merasai tekanan tugasan yang perlu disiapkan dalam masa terdekat, dimana tugasan tersebutamat mencabar minda seseorang pelajar. sebagai pelajar yang bijak kita perlu pandai menangani stress.


Jalan BAtu Rakit terjejas teruk !

Akibat daripada banjir yang teruk di terengganu, banyak jalan-jalan terjejas teruk. Salah satu nya jalan pantai batu rakit. 







Sama-samalah kita berhati-hati di musim tengkujuh ini. Agar tiada kemalangan maut yang melibatkan kiata dan ahli keluarga yang tersayang.

Sunday 23 November 2014

Mangsa banjir terus meningkat !

Negeri pantai timur biasanya akan mengalami musim tengkujuh setiap kali akhir tahun menjelma. Hal ini akan mengakibatkan banjir teruk di ketiga-tiga buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Negeri yang semakin teruk mengalami banjir adalah TErengganu, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkAt. Semua pelajar UMT, UNISZA telah diberikan cuti kerana banjir yang teruk di Terengganu. Bukan Terengganu sahaja yang menjadi mangsa, tetapi kelantan juga. Ramai penduduk terpaksa di pindahkan ke pusat pemindahan kerana banjir teruk. Semakin hari angka mangsa semakin meningkat.

Tragedi MH17

              
         Kali ni berbeza dengan tragedi MH370 dimana pesawat telah hilang pada 8 mac 2014 dan tidak dapat di kesan. Sekali lagi penerbangan MAS iaitu MH17 telah ditembak jatuh pada 17 julai 2014. Pesawat dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dekat sempadan Ukraine. Tragedi ini sekali lagi Telah meruntun hati semua hati rakyat Malaysia terutamanya ahli keluarga mangsa. Kedua-dua tragedi ini memang memberi kesan yang mendalam dalam sejarah MAlaysia apabila dua tragedi yang melibatkan pesawat MAS yang berlaku pada masa yang terdekat. So, sama- samalah kita sedekahkan al- fatihah kepada jenazah yang beragama islam yang menjadi mangsa dalam tragedi tersebut. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Friday 21 November 2014

Pulanglah MH370 !

                MH370 kemanakah ia menghilang? Sebelum ini kita tertanya-tanya di manakah ia berada. Berusaha dengan susah dan payah di lautan, pahit dan getir sanggup di lalui demi menyelamatkan beratus nyawa yang menjadi mangsa. Namun kini, MH370 kian dilupakan. Masyarakat lupa akan nasib mangsa-mangsa yang tidak di ketahui statusnya. Sampai kini MH370 masih menjadi tanda tanya. Ayuh rakyat Malaysia sama-sama doakan kepulangan MH370.                                                                                                                         .                                        
             Meskipun segelintir rakyat Malaysia sudah melupakan tragedi MH370, tapi percaya lah masih ada insan yang masih setia menunggu kepulanganmu kelak. Pulang la MH370 ! Ada insan yang merindukan mu, yang masih berharap akan kepulanganmu. So, Sama-sama kita doakan kepulangan MH370. #pray4mh370

Tuesday 28 October 2014

Memperkenalkan,                                                                                                                                  Selamat datang ke blog saya. Saya Nur Amalina binti ahmad Noordin, seorang penuntut di Universiti Malaysia Kelantan..